perlindungan insurans untuk perlindungan rumah


Apa itu MRT? Tahukah anda, polisi insurans anda boleh menggantikan MRTA?


MRTA adalah sejenis perlindungan insuran untuk pinjaman rumah bertujuan sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disability (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang tertunggak.


Antara ciri-ciri MRTA adalah seperti berikut:

  1. Bayaran adalah secara lump sum (sekali gus).
  2. Jika jumlah premium terlalu mahal, biasanya akan dimasukkan ke dalam loan bg membolehkan bayaran secara bulanan.
  3. Jika ini berlaku, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah yang perlu dibayar akan lebih.
  4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
  5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
  6. Jumlah caruman lebih murah berbanding life insurance atau takafulink
  7. Tiada nilai tunai.
  8. Tidak boleh dipindah milik.
Bagi pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali membuat pinjaman perlu memohon plan MRTA dan sekiranya ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu pula membatalkan MRTA tersebut.

Seterusnya jika ingin membeli hartanah lain, sekali lagi perlu mengambil plan MRTA yang lain. Tentunya pada masa itu umur pembeli telah meningkat dan premium menjadi lebih mahal. Tetapi sekiranya pembeli mula menghidap pelbagai penyakit, tiada syarikat insuran/takaful akan menawarkan plan polisi. Rugikan?

Jadi... Apa pilihan yang ada untuk menggantikan MRTA?


Ciri-Ciri Investment Link (MLTA

  1. Bayaran secara berkala (regular). 
  2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur 80 tahun yang mana lebih dahulu.
  3. Jumlah perlindungan yang sangat fleksible dan boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.
  4. Jumlah premium yang tetap. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
  5. Hartanah sedia ada ingin dijual/dipindah milik? Pindahkan saja polisi kepada hartanah yang baru.
  6. Yang paling baik, plan polisi boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan seperti medical card dan pelaburan. 
  7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.

Lihat jadual di bawah untuk lebih jelas.


No comments:

Post a Comment