Tuesday 15 July 2014

Asas-asas Insurans Konvensional & Takaful

 Konvensional vs Takaful
Perbezaan antara Konvensional & Takaful

1. Apakah produk ini? 

Polisi ini melindungi harta anda (bangunan dan/atau kandungan) terhadap kerugian atau 
kerosakan akibat Kebakaran & Kilat. 

2. Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan? 

Polisi Kebakaran yang standard melindungi: 

* Kebakaran, kilat dan letupan disebabkan oleh gas yang digunakan untuk kegunaan 
kediaman persendirian sahaja. 

Anda boleh memperluaskan polisi ini untuk melindungi bahaya (peril) khas seperti berikut 
dengan bayaran premium tambahan: 

* Kerosakan pesawat udara 
* Gempa bumi atau letusan gunung berapi 
* Petir, ribut 
* Banjir 
* Letupan 
* Kerosakan hentaman 
* Tangki, perkakas atau paip air pecah atau melimpah 
* Kebakaran belukar / lalang 
* Penenggelaman dan runtuhan tanah – perlu lengkapkan Borang Soal Selidik Khas 
* Pembakaran secara spontan 
* Rusuhan, mogok dan kerosakan berniat jahat 
* Kerosakan akibat pokok atau cabang pokok tertumbang dan objek terjatuh 

Tempoh perlindungan adalah selama satu tahun dan anda dikehendaki membaharui polisi 
insurans anda setiap tahun. 

3. Berapakah premium yang saya perlu bayar? 

Premium yang anda perlu bayar bergantung kepada pekerjaan atau perdagangan, jumlah 
diinsuranskan, jenis pembinaan bangunan tersebut berasaskan Tarif Kebakaran Semakan. 

Premium minimum yang dikenakan untuk polisi ini adalah RM75.00 setelah ditolak mana-mana 
diskaun yang dibenarkan oleh Tarif Kebakaran selain daripada diskaun untuk komisen atau 
yuran broker. 

4. Apakah yuran dan bayaran yang saya perlu bayar? 

Bayaran yang anda perlu bayar selain premium Amount 
* Komisen dibayar kepada ejen insurans 15% daripada premium 
* Duti Setem RM 10.00